Wednesday, December 29, 2010

Komentar ABN2

Kepada semua komentar diucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Anugerah Buku Negara akan diadakan pada 2011, kepada saudara-saudari yang memberi komen kami menghulurkan tangan untuk bekerjasama pada ABN akan datang. YPBN sangat-sangat memerlukan sokongan ANDA.

Friday, December 17, 2010

Anugerah Buku Negara 2010


Majlis penyampaian Anugerah Buku Negara 2010 telah disempurnakan oleh Penaungnya, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia. Penyampaian anugerah bermula jam 8.45 malam dan berakhir sekitar 10.50 malam.

Di antara tetamu termasuklah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim dan isteri. Dato' Hasan Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi serta Dato' Khalid Yunus Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) turut hadir.

Kepada semua penerima Anugerah diucapkan setinggi-tinggi PENGHARGAAN & TAHNIAH, semoga anugerah ini meningkatkan lagi daya kreativiti dan penghasilan judul-judul baru (buku) pada masa-masa akan datang.

Friday, November 5, 2010

Kategori Penganugerahan

Terdapat dua (2) kategori utama penganugerahan iaitu Anugerah Perdana dan Anugerah Industri.

Anugerah Perdana:

1. Tokoh Buku Negara 2010
2. Tokoh Pengarang 2010
3. Kedai Buku Terbaik 2010
4. Tokoh Pembangunan Buku Negara 2010
5. Penerbit Terbaik 2010

Anugerah Industri:

1. Penulis Terbaik
2. Penterjemah Terbaik
3. Editor Terbaik
4. Ilustrator Terbaik
5. Rekabentuk Buku Terbaik
6. Jurufoto Terbaik
7. Pencetak dan Penjilid Terbaik
8. Buku Terbaik (mengikut kategori)
9. Buku Terbaik

Thursday, November 4, 2010

Anugerah Buku Negara 2010 (ABN 2010)

Anugerah Buku Negara 2010 (ABN 2010) berhasrat mencapi objektif berikut:
  • Mengiktiraf serta menghargai mereka yang menjalankan aktiviti penerbitan buku.
  • Memberikan suntikan semangat kepada pemain industri sebagai galakan untuk terus menghasilkan buku yang berkualiti dan tidak tertumpu kepada buku-buku komersial.
  • Menjadi pemangkin kepada masyarakat untuk menghargai penulis, editor, pereka grafik, ilustrator, jurufoto dan para penerbit buku.
  • Menggalakkan supaya lebih ramai cendekiawan serta tokoh ilmuan menceburi bidang penerbitan buku.




Wednesday, November 3, 2010

Merancang Kerja Seawal 2009

Tidak mudah untuk menganjurkan acara berprestij pada peringkat nasional. Begitulah yang dialami oleh Jawatankuasa Penganjuran Anugerah Buku Negara 2010 dan Pelancaran Tabung Buku Negara ini.

Bagi memastikan semuanya berjalan seperti yang dijadualkan Jawatankuasa Penganjur telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan perbincangan bertempat di beberapa lokasi, antaranya Perpustakaan Kuala Lumpur, di Jalan Raja sekitar Oktober 2009.

Setiap sesi perbincangan, senarai semak (checklist) menjadi keutamaan. Pastikan segala tindakan telah dilaksanakan sewajarnya. InsyaAllah pada 7 Disember 2010 ini segala perancangan bakal terjawab di pentas Taming Sari Ballroom, Hotel Rayale Chulan...

Tuesday, November 2, 2010

Anugerah Buku Negara 2010 serta Pelancaran Tabung Buku Negara

Anugerah Buku Negara 2010 dan Pelancaran Tabung Buku Negara akan diadakan pada:

TARIKH: 7 Disember 2010 (Selasa)
MASA: 8.00 Malam
TEMPAT: Taming Sari Ballroom, Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur.

Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri YAB Perdana Menteri Malaysia bersetuju menaungi dan hadir untuk menyampaikan Anugerah Buku Negara 2010 serta Melancarkan Tabung Buku Negara.

Jemputan terhad. Sila sms ke nombor-nombor berikut untuk menerima kad jemputan: 012-943-9155; 012-318-2551 ATAU emel: ypbnaward@yahoo.com

Monday, November 1, 2010

Yayasan Pembangunan Buku Negara

Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 23 Mac 2003. Penubuhan YPBN selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengembangkan lagi budaya membaca supaya seluruh masyarakat Malaysia sentiasa mendepani maklumat, ilmu dan pengetahuan.

Di samping itu, YPBN juga bekerjasama dengan para penggiat industri buku negara bagi mensasarkan penerbitan 27,000 judul buku setahun iaitu pada kadar satu (1) peratus daripada jumlah penduduk negara mulai 2010. Bagi merealisasikan hasrat ini, YPBN telah menubuhkan Tabung Buku Negara untuk menyokong lebih 600 penerbit kecil dan sederhana seluruh negara meningkatkan penghasilan buku-buku bermutu untuk keperluan segala lapisan masyarakat.

Di antara matlamat Yayasan Pembangunan Buku Negara adalah:

  • menganjurkan Anugerah Buku Negara supaya para karyawan industri buku diberi insentif serta pengiktirafan sewajarnya;
  • menubuhkan Akademi Buku Malaysia supaya dapat melatih dan memajukan profesionalisme karyawan dalam bidang penerbitan seperti penulis, editor, pereka bentuk, ilustrator, pengedar dan peruncit serta staf pengurusan organisasi penerbit;
  • membantu untuk menerbit dan mengedarkan buku-buku yang tidak punya nilai komersial tetapi amat penting untuk negara melalui pembiayaan dana Tabung Buku Negara; dan
  • menganjurkan Ekspo Buku untuk memberi peluang segenap lapisan masyarakat mengetahui kemajuan industri buku negara serta mendapatkan bahan-bahan bacaan bagi memantapkan budaya membaca dan mencintai ilmu pengetahuan.