Wednesday, January 25, 2012
Liputan Media Ekspo Buku 1Malaysia
Utusan Malaysia membuat liputan awal Ekspo Buku 1Malaysia anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara yang bermula 1 hingga 6 Februari 2012 di PWTC, Kuala Lumpur.
Selain Ekspo Buku, diadakan juga Persidangan Buku Antarabangsa mulai 1 hingga 3 Februari 2012 (Dewan Tun Hussein Onn) dan penganjuran majlis Anugerah Buku Negara 2011 pada malam 2 Februari 2012 (Dewan Merdeka PWTC).
Penerima Anugerah Tokoh Buku Negara terdahulu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (2005), dan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim (2010). Siapakah pula dinobatkan Tokoh Buku Negara 2011? Akan terjawab nanti di PWTC...
Monday, January 23, 2012
Lelong baucar buku di internet
Jika sebelum ini ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah, kini ada yang menjualnya secara terbuka dengan potongan harga istimewa menerusi internet. Baca seterusnya...Para siswa-siswi IPT berpeluang menebus BB1M di sepanjang ekspo ini. Banyak pilihan buku di sini. Jumpa anda di PWTC mulai 1 - 6 Februari 2012.
Saturday, January 21, 2012
Anugerah Buku Negara 2011
Tempat : Dewan Merdeka, PWTC
Masa : 8.30 – 11.00 malam
Tarikh : 2 Februari 2012 (Khamis)
Syarat-syarat penyertaan:
1. Buku mestilah diterbitkan pada tahun 2009, 2010 dan 2011.
2. Hanya penerbit tempatan yang menjadi ahli:
i) Penerbit dan Pengedar Buku Bumiputera
ii) Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA)
iii) Majlis Penerbitan Buku Ilmiah Malaysia (MAPIM)
(Bagi penerbit tempatan yang belum menjadi ahli mana-mana persatuan di atas adalah digalakkan memohon menjadi ahli salah satu persatuan tersebut dahulu sebelum menghantar penerbitan mereka untuk dipertimbangkan).
3. Penulis, Penterjemah, Editor, Pelukis, Perekabentuk Buku, Jurufoto tempatan sahaja layak menyertai anugerah ini. Mereka mestilah warganegara Malaysia.
4. Penerbit boleh menghantar seberapa banyak judul bagi setiap jenis anugerah dengan menyertakan (lima (5) naskhah buku bagi setiap judul. Setiap judul boleh dipertimbangkan lebih daripada satu kategori anugerah dan penerbit perlu menghantar lima (5) naskhah bagi setiap kategori anugerah. Bagi kategori Penterjemahan Buku Ilmiah, Profesional, Umum Fiksyen disertakan buku asal. Buku-buku yang dihantar oleh penerbit tidak akan dikembalikan.
5. Semua buku yang dicalonkan mesti mematuhi semua susunan dan butiran bibliografi termasuk ISBN, Kod Jalur dan Pengkatalogan Dalam Penerbitan (CIP) mengikut piawaian antarabangsa.
6. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
