Showing posts with label Oxcell UK. Show all posts
Showing posts with label Oxcell UK. Show all posts

Friday, January 20, 2012

Persidangan Buku Antarabangsa 2012

Dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dengan kerjasama The Oxford Centre for Excellence (Oxcell) dan mendapat sokongan Kementerian Pengajian Tinggi, serta persatuan profesional industri buku negara pada:

Tarikh: 1 - 3 Februari 2012

Masa: 9.00 - 5.00 petang

Tempat: Dewan Tun Hussein Onn, PWTC Kuala Lumpur.

Tujuan utama persidangan ini adalah untuk mengenalpasti arah tuju industri buku Malaysia di samping memperkasa budaya membaca serta pengetahuan ekonomi di kalangan orang ramai untuk mereka membentuk rangkaian kerjasama dengan usahawan NGO dan karyawan buku tempatan dan antarabangsa khususnya dengan negara-negara jiran.

Persidangan ini menyentuh segala aspek dunia perbukuan yang sangat bermanfaat kepada para karyawan seperti penulis, penerbit, pengedar, penterjemah, toko-toko buku, perpustakaan, harta intelek dan hak cipta, lalu lintas buku, kampung dan kota buku, penganjuran pesta dan ekspo buku, institusi latihan, penyelidikan dan pembangunan dan seterusnya para pembaca buku yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Tema

‘Buku Sumber Pengetahuan & Ekonomi Serantau’.

Objektif Persidangan

  1. Menggembleng seluruh sumber dan tenaga badan-badan profesional buku negara agar lebih kreatif dan produktif menghasilkan pelbagai produk bahan bacaan untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
  2. Mengenal pasti faktor, kaedah dan strategi untuk memaju dan memacu industri buku negara sebagai persediaan menghadapi status negara maju.
  3. Mengenal pasti dan berusaha menjalin kerjasama di kalangan pertubuhan dan badan-badan profesional buku tempatan, serantau dan antarabangsa.
  4. Mengenal pasti dan berusaha mendapatkan pengiktirafan pihak berwajib untuk menyokong dan memajukan industri buku negara.
  5. Mencadangkan dasar, strategi dan pelan tindakan bagi memperkasakan industri buku negara untuk pertimbangan pihak berwajib.

Thursday, January 19, 2012

1Malaysia Book Expo 2012

Ekspo Buku 1Malaysia 2012 akan diadakan di PWTC mulai 1 hingga 6 Februari 2012. Sepanjang ekspo berlangsung para pengunjung berpeluang membeli buku pada harga diskaun di antara 30% - 70%.

Ekspo kali ini dianjurkan oleh YPBN dengan kerjasama The Oxford Centre for Excellence (Oxcell), UK dengan sokongan Kementerian Pengajian Tinggi dan NGO industri buku. Pelbagai program disusun untuk menarik pengunjung ke ekspo ini, antaranya mengadakan jualan dan lelong buku, persidangan buku antarabangsa, forum dan kemuncaknya ialah penganjuran majlis Anugerah Buku Negara 2011 di Dewan Merdeka, PWTC. Jumpa di sana...