Saturday, January 21, 2012

Anugerah Buku Negara 2011

Tempat : Dewan Merdeka, PWTC

Masa : 8.30 – 11.00 malam

Tarikh : 2 Februari 2012 (Khamis)

Syarat-syarat penyertaan:

1. Buku mestilah diterbitkan pada tahun 2009, 2010 dan 2011.

2. Hanya penerbit tempatan yang menjadi ahli:

i) Penerbit dan Pengedar Buku Bumiputera

ii) Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA)

iii) Majlis Penerbitan Buku Ilmiah Malaysia (MAPIM)

(Bagi penerbit tempatan yang belum menjadi ahli mana-mana persatuan di atas adalah digalakkan memohon menjadi ahli salah satu persatuan tersebut dahulu sebelum menghantar penerbitan mereka untuk dipertimbangkan).

3. Penulis, Penterjemah, Editor, Pelukis, Perekabentuk Buku, Jurufoto tempatan sahaja layak menyertai anugerah ini. Mereka mestilah warganegara Malaysia.

4. Penerbit boleh menghantar seberapa banyak judul bagi setiap jenis anugerah dengan menyertakan (lima (5) naskhah buku bagi setiap judul. Setiap judul boleh dipertimbangkan lebih daripada satu kategori anugerah dan penerbit perlu menghantar lima (5) naskhah bagi setiap kategori anugerah. Bagi kategori Penterjemahan Buku Ilmiah, Profesional, Umum Fiksyen disertakan buku asal. Buku-buku yang dihantar oleh penerbit tidak akan dikembalikan.

5. Semua buku yang dicalonkan mesti mematuhi semua susunan dan butiran bibliografi termasuk ISBN, Kod Jalur dan Pengkatalogan Dalam Penerbitan (CIP) mengikut piawaian antarabangsa.

6. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

Friday, January 20, 2012

Persidangan Buku Antarabangsa 2012

Dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dengan kerjasama The Oxford Centre for Excellence (Oxcell) dan mendapat sokongan Kementerian Pengajian Tinggi, serta persatuan profesional industri buku negara pada:

Tarikh: 1 - 3 Februari 2012

Masa: 9.00 - 5.00 petang

Tempat: Dewan Tun Hussein Onn, PWTC Kuala Lumpur.

Tujuan utama persidangan ini adalah untuk mengenalpasti arah tuju industri buku Malaysia di samping memperkasa budaya membaca serta pengetahuan ekonomi di kalangan orang ramai untuk mereka membentuk rangkaian kerjasama dengan usahawan NGO dan karyawan buku tempatan dan antarabangsa khususnya dengan negara-negara jiran.

Persidangan ini menyentuh segala aspek dunia perbukuan yang sangat bermanfaat kepada para karyawan seperti penulis, penerbit, pengedar, penterjemah, toko-toko buku, perpustakaan, harta intelek dan hak cipta, lalu lintas buku, kampung dan kota buku, penganjuran pesta dan ekspo buku, institusi latihan, penyelidikan dan pembangunan dan seterusnya para pembaca buku yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Tema

‘Buku Sumber Pengetahuan & Ekonomi Serantau’.

Objektif Persidangan

  1. Menggembleng seluruh sumber dan tenaga badan-badan profesional buku negara agar lebih kreatif dan produktif menghasilkan pelbagai produk bahan bacaan untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
  2. Mengenal pasti faktor, kaedah dan strategi untuk memaju dan memacu industri buku negara sebagai persediaan menghadapi status negara maju.
  3. Mengenal pasti dan berusaha menjalin kerjasama di kalangan pertubuhan dan badan-badan profesional buku tempatan, serantau dan antarabangsa.
  4. Mengenal pasti dan berusaha mendapatkan pengiktirafan pihak berwajib untuk menyokong dan memajukan industri buku negara.
  5. Mencadangkan dasar, strategi dan pelan tindakan bagi memperkasakan industri buku negara untuk pertimbangan pihak berwajib.

Thursday, January 19, 2012

1Malaysia Book Expo 2012

Ekspo Buku 1Malaysia 2012 akan diadakan di PWTC mulai 1 hingga 6 Februari 2012. Sepanjang ekspo berlangsung para pengunjung berpeluang membeli buku pada harga diskaun di antara 30% - 70%.

Ekspo kali ini dianjurkan oleh YPBN dengan kerjasama The Oxford Centre for Excellence (Oxcell), UK dengan sokongan Kementerian Pengajian Tinggi dan NGO industri buku. Pelbagai program disusun untuk menarik pengunjung ke ekspo ini, antaranya mengadakan jualan dan lelong buku, persidangan buku antarabangsa, forum dan kemuncaknya ialah penganjuran majlis Anugerah Buku Negara 2011 di Dewan Merdeka, PWTC. Jumpa di sana...

Wednesday, December 29, 2010

Komentar ABN2

Kepada semua komentar diucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Anugerah Buku Negara akan diadakan pada 2011, kepada saudara-saudari yang memberi komen kami menghulurkan tangan untuk bekerjasama pada ABN akan datang. YPBN sangat-sangat memerlukan sokongan ANDA.

Friday, December 17, 2010

Anugerah Buku Negara 2010


Majlis penyampaian Anugerah Buku Negara 2010 telah disempurnakan oleh Penaungnya, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia. Penyampaian anugerah bermula jam 8.45 malam dan berakhir sekitar 10.50 malam.

Di antara tetamu termasuklah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim dan isteri. Dato' Hasan Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi serta Dato' Khalid Yunus Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) turut hadir.

Kepada semua penerima Anugerah diucapkan setinggi-tinggi PENGHARGAAN & TAHNIAH, semoga anugerah ini meningkatkan lagi daya kreativiti dan penghasilan judul-judul baru (buku) pada masa-masa akan datang.