
Wednesday, December 29, 2010
Komentar ABN2

Friday, December 17, 2010
Anugerah Buku Negara 2010
Majlis penyampaian Anugerah Buku Negara 2010 telah disempurnakan oleh Penaungnya, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia. Penyampaian anugerah bermula jam 8.45 malam dan berakhir sekitar 10.50 malam.
Friday, November 5, 2010
Kategori Penganugerahan
Anugerah Perdana:
1. Tokoh Buku Negara 2010
2. Tokoh Pengarang 2010
3. Kedai Buku Terbaik 2010
4. Tokoh Pembangunan Buku Negara 2010
5. Penerbit Terbaik 2010
Anugerah Industri:
1. Penulis Terbaik
2. Penterjemah Terbaik
3. Editor Terbaik
4. Ilustrator Terbaik
5. Rekabentuk Buku Terbaik
6. Jurufoto Terbaik
7. Pencetak dan Penjilid Terbaik
8. Buku Terbaik (mengikut kategori)
9. Buku Terbaik
Thursday, November 4, 2010
Anugerah Buku Negara 2010 (ABN 2010)
- Mengiktiraf serta menghargai mereka yang menjalankan aktiviti penerbitan buku.
- Memberikan suntikan semangat kepada pemain industri sebagai galakan untuk terus menghasilkan buku yang berkualiti dan tidak tertumpu kepada buku-buku komersial.
- Menjadi pemangkin kepada masyarakat untuk menghargai penulis, editor, pereka grafik, ilustrator, jurufoto dan para penerbit buku.
- Menggalakkan supaya lebih ramai cendekiawan serta tokoh ilmuan menceburi bidang penerbitan buku.
Wednesday, November 3, 2010
Merancang Kerja Seawal 2009

Bagi memastikan semuanya berjalan seperti yang dijadualkan Jawatankuasa Penganjur telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan perbincangan bertempat di beberapa lokasi, antaranya Perpustakaan Kuala Lumpur, di Jalan Raja sekitar Oktober 2009.

Setiap sesi perbincangan, senarai semak (checklist) menjadi keutamaan. Pastikan segala tindakan telah dilaksanakan sewajarnya. InsyaAllah pada 7 Disember 2010 ini segala perancangan bakal terjawab di pentas Taming Sari Ballroom, Hotel Rayale Chulan...
Tuesday, November 2, 2010
Anugerah Buku Negara 2010 serta Pelancaran Tabung Buku Negara

Jemputan terhad. Sila sms ke nombor-nombor berikut untuk menerima kad jemputan: 012-943-9155; 012-318-2551 ATAU emel: ypbnaward@yahoo.com
Monday, November 1, 2010
Yayasan Pembangunan Buku Negara
Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 23 Mac 2003. Penubuhan YPBN selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengembangkan lagi budaya membaca supaya seluruh masyarakat Malaysia sentiasa mendepani maklumat, ilmu dan pengetahuan.
Di samping itu, YPBN juga bekerjasama dengan para penggiat industri buku negara bagi mensasarkan penerbitan 27,000 judul buku setahun iaitu pada kadar satu (1) peratus daripada jumlah penduduk negara mulai 2010. Bagi merealisasikan hasrat ini, YPBN telah menubuhkan Tabung Buku Negara untuk menyokong lebih 600 penerbit kecil dan sederhana seluruh negara meningkatkan penghasilan buku-buku bermutu untuk keperluan segala lapisan masyarakat.
Di antara matlamat Yayasan Pembangunan Buku Negara adalah:
- menganjurkan Anugerah Buku Negara supaya para karyawan industri buku diberi insentif serta pengiktirafan sewajarnya;
- menubuhkan Akademi Buku Malaysia supaya dapat melatih dan memajukan profesionalisme karyawan dalam bidang penerbitan seperti penulis, editor, pereka bentuk, ilustrator, pengedar dan peruncit serta staf pengurusan organisasi penerbit;
- membantu untuk menerbit dan mengedarkan buku-buku yang tidak punya nilai komersial tetapi amat penting untuk negara melalui pembiayaan dana Tabung Buku Negara; dan
- menganjurkan Ekspo Buku untuk memberi peluang segenap lapisan masyarakat mengetahui kemajuan industri buku negara serta mendapatkan bahan-bahan bacaan bagi memantapkan budaya membaca dan mencintai ilmu pengetahuan.