Monday, November 1, 2010

Yayasan Pembangunan Buku Negara

Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 23 Mac 2003. Penubuhan YPBN selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengembangkan lagi budaya membaca supaya seluruh masyarakat Malaysia sentiasa mendepani maklumat, ilmu dan pengetahuan.

Di samping itu, YPBN juga bekerjasama dengan para penggiat industri buku negara bagi mensasarkan penerbitan 27,000 judul buku setahun iaitu pada kadar satu (1) peratus daripada jumlah penduduk negara mulai 2010. Bagi merealisasikan hasrat ini, YPBN telah menubuhkan Tabung Buku Negara untuk menyokong lebih 600 penerbit kecil dan sederhana seluruh negara meningkatkan penghasilan buku-buku bermutu untuk keperluan segala lapisan masyarakat.

Di antara matlamat Yayasan Pembangunan Buku Negara adalah:

  • menganjurkan Anugerah Buku Negara supaya para karyawan industri buku diberi insentif serta pengiktirafan sewajarnya;
  • menubuhkan Akademi Buku Malaysia supaya dapat melatih dan memajukan profesionalisme karyawan dalam bidang penerbitan seperti penulis, editor, pereka bentuk, ilustrator, pengedar dan peruncit serta staf pengurusan organisasi penerbit;
  • membantu untuk menerbit dan mengedarkan buku-buku yang tidak punya nilai komersial tetapi amat penting untuk negara melalui pembiayaan dana Tabung Buku Negara; dan
  • menganjurkan Ekspo Buku untuk memberi peluang segenap lapisan masyarakat mengetahui kemajuan industri buku negara serta mendapatkan bahan-bahan bacaan bagi memantapkan budaya membaca dan mencintai ilmu pengetahuan.

No comments:

Post a Comment