Friday, November 5, 2010

Kategori Penganugerahan

Terdapat dua (2) kategori utama penganugerahan iaitu Anugerah Perdana dan Anugerah Industri.

Anugerah Perdana:

1. Tokoh Buku Negara 2010
2. Tokoh Pengarang 2010
3. Kedai Buku Terbaik 2010
4. Tokoh Pembangunan Buku Negara 2010
5. Penerbit Terbaik 2010

Anugerah Industri:

1. Penulis Terbaik
2. Penterjemah Terbaik
3. Editor Terbaik
4. Ilustrator Terbaik
5. Rekabentuk Buku Terbaik
6. Jurufoto Terbaik
7. Pencetak dan Penjilid Terbaik
8. Buku Terbaik (mengikut kategori)
9. Buku Terbaik

6 comments:

  1. Tuan, pencalonan untuk Tokoh Buku Negara bukan saja sangat tidak seimbang dan tidak logik, bahkan merendah-rendahkan martabat keilmuan dan persuratan yang sepatutnya tidak diperlekehkan oleh penganjur.

    Saya mengharapkan nama-nama yang dicalonkan memang tokoh yang memberikan sumbangan besar dalam pembukuan dan kepustakaan bangsa dan negara, yang bukannya didasarkan dengan penilaian politik atau kuantiti buku yang dihasilkan.

    Semoga penganjur anugerah sepenting Anugerah Buku Negara ini, tidak akan terjebak dalam kancah penganugerahan yang tidak lebih daripada bersifat tahunan, jauh sekali bersifat tangkap muat.

    ReplyDelete
  2. saya bersetuju dengan pendapat saudara Nazmi. Sekiranya pihak Yayasan benar-benar serius untuk memperjuangkan industri buku, calon yang benar-benar layak wajar dicalonkan.

    ReplyDelete
  3. Benarkah ini calon-calonnya?

    Tan Sri Sanusi Junid
    Ramlee Awang Murshid
    S.H. Alattas
    Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim
    SN Shahnon Ahmad


    Kalau begini sebagai wakil keseluruhan suara perbukuan dalam negara, saya juga tidak setuju.

    ReplyDelete
  4. Boleh saya tahu senarai penuh pemenang bagi semua kategori?

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera. Sdr Nazmi, Fariza dan Rozlan, kesemua calon yang dikemukakan adalah sebahagian yang dicalonkan untuk menerima Anugerah Perdana, Tokoh Buku Negara 2010. Ramai lagi yang telah disenaraikan, termasuk pilihan GR-MY, kami akur, tidak dapat memenuhi setiap pilihan individu... Nama-nama di atas saya yakin telah menyumbang bakti dalam dunia kepustakaan dan industri buku negara. Wallahualam...

    ReplyDelete
  6. Salam sejahtera. Sdr Syahrulnizam, mohon ke www.ypbn.org.my untuk senarai penerima anugerah buku negara 2010. Search di CARI dan key-in: penerima.

    ReplyDelete